TAHAP PENDIDIKAN
Tahap pendidikan saya bermulanya sejak saya berumur 6 tahun lagi. Pada usia 6 tahun, saya mula memasuki alam persekolahan di sebuah sekolah Tadika di kampung saya. Abah saya merupakan orang yang selalu menghantar saya setiap pagi ke tadika dengan menggunakan sebuah motosikal yang dimiliki oleh abah saya. Setiap pagi ke sekolah saya diajar oleh cikgu saya untuk mengenali huruf- huruf dan nombor-nombor yang asas. Ketika berada di tadika tersebut, saya banyak mempelajari tentang asas-asas untuk mengurus diri.
Ketika saya berumur 7 tahun, saya mula memasuki alam persekolahan yang sebenar di Sekolah Kebanggsaan Kampung Dewan Besar dan di situlah bermulanya kehidupan sebenar saya sebagai seorang pelajar. Saya datang ke sekolah pada setiap pagi tanpa pengangkutan kerana sekolah tersebut hanya berada di hadapan rumah saya sahaja. Ketika itu kakak saya juga bersekolah di sekolah sama dengan saya dan juga merupakan senior saya 2 tahun, dialah orang yang selalu bagi dorongan dan tunjuk ajar kepada saya ketika berada di sekolah tersebut. Setelah menuntut ilmu di sekolah SK Dewan Besar selama 6 tahun dan pada umur saya 12 tahun, saya merupakan salah seorang calon yang berjaya untuk menduduki peperiksaan yang lebih dikenali sebagai Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR). Pada akhir tahun 2008 sebelum bermulanya cuti sekolah, keputusan peperiksaan UPSR telahpun keluar dan Alhandulillah saya dapat keputusan yang cemerlang sekaligus mencapai cita-cita saya agar dapat menyambung pengajian ke peringkat sekolah menengah.
Pada bulan januari tahun 2009, saya mula memasuki dunia persekolahan di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Machang, Sewaktu hari pertama pendaftaran di tingkatan satu, saya melihat begitu ramai pelajar-pelajar yang sebaya dengan saya mula mendaftar di sekolah yang sama dengan saya. Suasana begitu rupa amat berbeza ketika saya berada di sekolah rendah dengan jumlah pelajar tidak begitu ramai dan majoritinya semuanya kawan-kawan satu kampung. Ketika belajar di sekolah menengah, saya perlu menaiki bas sekolah dengan kadar bayaran Rm2 pergi sekolah dan balik ke rumah pada ketika itu selama 4 tahun. Begitulah rutin saya pada setiap hari untuk pergi ke sekolah. Pada tahun 2011 saya menduduki satu lagi peperiksaan penting iaitu Penilaian Menengah Rendah(PMR), keputusan peperiksaan PMR saya amat membanggakan. Pada tahun 2013, sekali lagi saya akan menduduki peperiksaan yang paling penting bagi saya iaitu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) kerana peperiksaan tersebut merupakan penentu kepada hala tuju saya selepas itu. Pada tahun itu, saya tinggal di asrama lelaki di sekolah saya yang hanya didiami oleh 25 orang pelajar sahaja, tahun itu juga saya hanya pulang ke rumah saya untuk menjenguk ibunda saya yang tercinta hanya 2 minggu sekali, perasaan sedih jelas ternyata apabila pada usia 17 tahun saya perlu tinggal berjauhan dengan keluarga tersayang saya tetapi apakan daya disebabkan oleh saya ingin mengfokuskan kepada pelajaran saya dan masa depan saya dan keluarga saya.
Pada tahun 2013, saya banyak melibatkan diri saya dalam aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan akademi dan ko-kurikulum. Setelah berpenat lelah menjalani liku-liku sebagai seorang pelajar akhirnya saya dapat menghabiskan pengajian saya di peringkat menengah dan hanya menunggu keputusan peperiksaan keluar sahaja pada tahun 2014. Setelah tamat belajar saya banyak menghabiskan masa saya berada di kampung dengan keluarga . Pada bulan januari tahun 2014, saya mula bekerja di kedai makan bermotifkan ingin merasa susahnya untuk mendapatkan duit, saya bekerja selama sebulan sahaja di kedai makan yang bertempat di Ayer Hitam, Johor dan pulang ke kg pada bulan Mac tahun 2014 untuk mengambil keputusan peperiksaan SPM saya. Alhamdulilah setelah keputusan peperiksaan SPM keluar, saya telah dianugerahkan sebagai pelajar cemerlang di sekolah saya, saya berasa amat terharu dan bersyukur kepada Allah swt, keluarga, guru-guru dan rakan-rakan saya kerana sentiasa berada dengan saya ketika saya memerlukan pertolongan dari mereka.
Pada pertengahan tahun 2014, saya ditawarkan untuk melanjutkan pengajian saya di peringkat universiti dalam jurusan diploma pengurusan perladangan di Universiti Teknologi Mara Jasin, Melaka(UITM). Saya belajar selama 2 tahun di uitm jasin dan saya menarik diri dari belajar di uitm pada bulan februari tahun 2016 kerana saya ditawarkan bekerja dalam sektor kerajaan. Pada bulan oktober tahun 2017, saya melanjutkan pengajian saya di peringkat ijazah sarjana muda dalam jurusan Pengurusan Pentadbiran Awam di Universiti Utara Malaysia(UUM) secara sambilan atau lebih dikenali sebagai PJJ di kampus Larkin, Johor dan sehingga kini.
Comments
Post a Comment