MAKANAN KEGEMARAN



Makanan kegemaran saya adalah nasi kerabu. Nasi kerabu berasal di negeri Kelantan dan majoritinya rakyat kelantan amat menyukainya. Warna nasi kerabu juga agak menarik dan bahan-bahan yang ada dengan nasi kerabu seperti lauk dan sayur membuatkan ianya nampak warna-warni sekaligus dapat menarik perhatian kepada pelanggan-pelanggan untuk menyukainya. Nasi kerabu sedap dihidangkan bersama solok lada, bawang putih jeruk, ikan rebus goreng dan macam macam lagi. 



Bahan bahan utama membuat nasi kerabu adalah sambal tumis, sambal kelapa, nasi dan sambal selain dari ulam ulaman dan bahan bahan sampingan lain. Selain itu, rasa nasi kerabu juga amat sedap juga kerana ianya mempunyai campuran dengan sayur-sayuran, lauk-lauk dan banyak lagi. Oleh sebab itu, saya sangat meminati nasi kerabu kerana ianya mempunyai pelbagai kalsiat untuk kesihatan kita. Nasi kerabu ini juga diminati oleh orang-orang lain selain dari orang negeri kelantan. Kini jika hendak makan nasi kerabu agak mudah kerana ramai orang-orang kelantan yang berniaga nasi kerabu di segenap negeri-negeri di malaysia. Memakan ulam dapat meningkatkan kesihatan memandangkan kandungan khasiatnya yang tinggi. Malah ada juga nasi ulam atau nasi kerabu mengandungi pelbagai sayuran di dalamnya. Nasi kerabu memang menjadi pilihan utama saya. Kalau musim perayaan, sudah tentulah salah satu menu yang dihidangkan di rumah saya adalah nasi kerabu.

Kandungan serat yang tinggi yang membantu sistem penghadaman manusia yang boleh membantu serta memudahkan pelancaran sistem pembuangan air besar. Dari segi kesihatan pula, ulam adalah tergolong dalam kumpulan herba yang diakui baik disebabkan ia adalah makanan yang berasaskan tumbuhan semulajadi. Contoh daun pegaga membantu meningkatkan tahap kesihatan seseorang, meningkatkan kecerdasan pemikiran kanak-kanak serta membantu sistem peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit.














Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

HOBI SAYA

MATLAMAT