HOBI SAYA



Hobi saya adalah dalam aktiviti sukan yang lasak. contohnya saya amat meminati aktiviti sukan larian sejak dari sekolah rendah lagi. Saya berminat dalam sukan ini kerana ianya dapat mengeluarkan peluh kita dengan pantas disamping dapat menguatkan otot-otot sendi kita. Selain dari mengeluarkan peluh, aktiviti ini dapat meningkatkan lagi stamina kita.

Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta tenaga yang dilakukan sama ada sebagai acara pertandingan, hiburan atau untuk mengisi masa lapang dan beriadah. Pada tahun yang lalu, kerajaan telah memperkenalkan dasar 1Murid 1Sukan kerana menyedari kepentingan bersukan. Contoh aktiviti sukan yang agak popular kini ialah seperti olahraga, renang, bola sepak, tenis, badminton dan skuasy. 


Faedah bersukan yang utama kepada kita ialah sukan dapat meningkatkan disiplin. Hal ini demikian kerana individu yang ingin berjaya dalam bidang sukan mesti mempunyai disiplin yang tinggi dan dapat mengawal diri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Contohnya, setiap pemain dalam sesebuah pasukan itu mesti menepati masa, rajin berlatih, tidak merokok dan mematuhi arahan jurulatih. Oleh itu, secara tidak langsung sukan juga turut membentuk disiplin kita. Hal ini demikian kerana bersukan boleh menguatkan tulang serta menyihatkan badan. Misalnya, seseorang individu yang bersukan pada setiap petang akan membakar lemak berlebihan dalam badan. Oleh itu, individu yang aktif bersukan jarang mendapat demam dan selesema berbanding dengan rakan-rakannya yang tidak bersukan.


Faedah berikutnya, sukan juga membentuk kita menjadi seseorang yang berfikiran positif. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan aktif bersukan seseorang itu dapat berfikir secara rasional dan berkeyakinan tinggi serta tidak cepat berputus asa. Contohnya, Datuk Lee Chong Wei tetap tidak berputus asa walaupun gagal meraih pingat emas dalam sukan Olimpik baru-baru ini. Oleh itu, sukan penting dalam melahirkan individu yang berfikiran positif.



















Comments

Popular posts from this blog

MAKANAN KEGEMARAN

AKTIVITIKU