ROADTAX


Ini merupakan salah satu jenis nama insuran yang saya gunakan untuk renew roadtax kenderaan pelanggan-pelanggan saya. Insuran ini mempunyai perbezaan dari segi tahap-tahapnya dan insuran ini mempunyai 3 tahap yang dikenali (INSURAN KOMPREHENSIF(1st), INSURAN 3RDFire and Theft(TPFT), dan 3RD. Perbezaan insuran ini adalah dari segi claim. contohnya insuran 1ST adalah insuran yang paling mahal harganya tetapi ianya mempunyai kelebihan dari segi claim, contoh seperti berlaku kemalangan, kita dapat baiki kereta kita tanpa mengeluarkan sebarang modal. Insuran 3RDFT pula harganya agak murah dari insuran 1ST tetapi ianya mempunya keburukan kerana insuran ini hanya dapat claim bila kenderaan kita berlaku kehilangan dan kebakaran sahaja. Insuran 3RD pula harganya memang murah akan tetapi insuran ini tidak menanggung sebarang risiko yang dialami oleh pengguna.

Insuran ini penting kerana, jika tiada insuran, roadtax tidak boleh dibayar ataupun dengan kata lain tidak boleh dikeluarkan. Sebelum mengeluarkan roadtax, kita mestilah beli@bayar insuran terlebih dahulu. Insuran ini mempunyai kepentingannya tersendiri kepada pembeli-pembeli insuran,


Ini merupakan tahap-tahap NCD insuran kenderaan, NCD ini membawa maksud No Claim Discount. Ncd ini akan meningkat setiap tahun jika kita tiada melakukan claim terhadap insuran yang kita gunakan. Untuk kereta, ncd akan meningkat dari tahun ke tahun seterusnya dan ncd akan berhenti peningkatannya setelah 6 tahun seseorang itu menggunakan sesuatu insuran tersebut tanpa melakukan sebarang tuntutan claim terhadap kenderaan mereka. Untuk motosikal pula, ncd akan meningkat juga dari tahun ke tahun sehingga 5 tahun barulah ncd itu tidak akan meningkat lagi apabila ianya mencapai tahap yang paling maksimum. Kepentingan ncd ini kepada kita ialah, jika kenderaan kita mempunyai ncd yang banyak, insuran akan menjadi lebih murah berbanding dengan yang tiada ncd, contohnya, jika harga insuran kereta yang perlu kita bayar untuk renew roadtax adalah Rm1000, jika kita mempunyai ncd sebanyak 55% sudah tentulah harga insuran yang kita perlu bayar lagi murah, kita hanya perlu membayar sebanyak Rm450 sahaja. Disitu kita dapat lihat ncd ini amat penting untuk kita.


Gambar rajah diatas merukan contoh roadtax kereta. Roadtax kereta mempunyai ciri-cirinya tersendiri, roadtax kereta lebih besar saiznya dari roadtax motosikal dan untuk kita menampal roadtax kereta ini dekat cermin kereta kita, kita perlu asingkan kertas di belakang roadtax itu sebelum ianya dilekatkan di cermin kereta kita.


Gambar rajah diatas adalah contoh roadtax motosikal, saiz roadtax motosikal ini agak kecil berbanding dengan roadtax kereta.

Comments

Popular posts from this blog

HOBI SAYA

MAKANAN KEGEMARAN

MATLAMAT