PENGALAMAN BEKERJA
Saya mempunyai pengalaman bekerja sebenarnya ketika saya masih kecil lagi. Ketika saya berumur 11 tahun, saya mula mengikuti ibu saya untuk melakukan kerja-kerja kampung seperti menanam padi dan sebagainya. Saya dibesarkan di sebuah kampung, melakukan pekerjaan kampung tidak asing lagi bagi saya dan sangat berbeza dengan kehidupan di bandar kerana orang yang membesar di bandar, mereka tiada pengalaman sama dengan saya. Oleh itu, saya berasa amat bertuah kerana dapat melakukan kerja-kerja kampung yang orang lain tidak boleh melakukannya.
Ketika berumur 18 tahun, saya juga sempat bekerja di sebuah kedai makan sebagai pencuci pinggan di Ayer Hitam, Johor. Saya bekerja di kedai makan tersebut selama sebulan sambil menuggu keputusan peperiksaan SPM diumumkan. Ketika itu, saya merasa betapa susahnya untuk mendapatkan duit untuk menyara hidup walaupun saya hidup bujang, sangat berbeza dengan ibu saya yang melakukan pekerjaan kampung dan perlu menanggung semua kos perbelanjaan keluarga kami. Pada bulan mac 2013, saya perlu berhenti bekerja kerana hendak pulang ke kampung untuk mengambil keputusan peperiksaan SPM.
Pada 15 Februari tahun 2016 saya ditawarkan bekerja di sektor kerajaan, sebelum itu saya masih belajar di UITM Jasin sebagai pelajar sepenuh masa. Saya telah nekat untuk memilih bekerja dahulu kerana untuk dapat kerja di sektor kerajaan agak susah sekali ketika ini. Pada 15/02/16 bermulalah kehidupan baru saya sebagai seorang anggota di Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia(JPJ). Pada hari tersebut saya telah melaporkan diri saya di akademi JPJ yang bertempat di negeri Melaka. Selama 2 bulan saya menjalani pengrekrutan di akademi JPJ dan selama 2 bulan dan disitu juga saya telah mempelajari sebanyak mana yang mungkin ilmu yang berkaitan dengan JPJ. Pada 14/04/16 saya berjaya menamatkan pengrekrutan tanpa sebarang berita yang negatif.
Pada 18/04/16 saya melaporkan diri di JPJ negeri johor kerana saya diamanahkan untuk berkhidmat di JPJ negeri Johor. Sehingga kini saya masih kekal berkhidmat di JPJ negeri Johor.
Pada 18/04/16 saya melaporkan diri di JPJ negeri johor kerana saya diamanahkan untuk berkhidmat di JPJ negeri Johor. Sehingga kini saya masih kekal berkhidmat di JPJ negeri Johor.
Comments
Post a Comment