AKTIVITIKU


Salah satu aktiviti saya ketika mempunyai masa lapang ialah aktiviti hiking. Saya suka melakukan aktiviti ini berbanding aktiviti lain kerana  aktiviti ini dapat mengeluarkan peluh disamping dapat menguatkan daya tahan badan kita. Secara tidak langsung, dengan melakukan aktiviti hiking ini, kita dapat melihat suasana alam yang begitu cantik hasil ciptaan Allah SWT.



Selain ketenangan yang diperolehi dengan pemandangan kehijauan alam sekitar, aktiviti hiking ini bagus untuk otak dimana ianya dapat membantu kita mengurangkan masalah selalu berfikiran negatif. Kecenderungan berfikiran negatif inilah yang biasanya menyebabkan seseorang itu mengalami depresi dalam hidup. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh para pengkaji yang menyertai aktiviti hiking di dua kawasan yang berbeza iaitu kawasan bandar dan kawassan semula jadi, hasil kajian menunjukkan mereka yang meluangkan masa di kawasan alam semula jadi dapat mengurangkan pergerakan saraf(neural activity) di bahagian subgenual prefrontal cortex, bahagian otak yang biasanya dikaitkan dengan dengan masalah mental.


Aktiviti hiking biasanya akan mengurangkan pendedahan dan kebergantungan kita pada teknologi, seterusnya meningkatkan kemahiran berfikiran secara kreatif. Orang yang berfikiran kreatif adalah seorang yang bijak kerana dia akan dapat menyelesaikan sesuatu masalah apabila tidak menggunakan sebarang alatan teknologi dan banyak melakukan aktiviti yang melibatkan pendedahan terhadap alam sekitar. Aktiviti hiking adalah antara aktiviti yang bagus untuk membakar kalori dengan pantas, kira-kira 400 hingga 700 kalori setiap jam bergantung pada jarak dan kesukaran aktiviti tersebut. Aktiviti ini juga sesuai untuk semua orang dengan pelbagai jenis dan bentuk saiz badan terutamanya yang berbadan besar jika dibandingkan dengan aktiviti sukan lain seperti berlari.

Aktiviti hiking ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara keluarga dan rakan-rakan. Hal ini demikian kerana, jika kita melakukan aktiviti hiking ini sudah tentulah kita akan bergaul dengan orang lain dan dengan secara tidak langsung ia akan meningkatkan lagi hubungan kita dengan seseorang.
















Comments

Popular posts from this blog

HOBI SAYA

MAKANAN KEGEMARAN

MATLAMAT